Hari ni 19hb October 2012, tinggal lagi 14 hari lagi aku akan melansungkan majlis pertunangan pada 03hb November 2012 .. Huhhhh!!! seksakan menunggu ni..hihihi.. Persiapan aku seperti biasa ..cukup sederhana.. Tetapi setakat ni persiapan untuk hantaran sudah aku siapkan.. Just untuk makanan tetamu yg datang sahaja yang belum dibincangkan dengan pihak family aku... tapi tidak mengapa.. ade lagi 2 minggu.. aku akan terus berusaha menyiapkan apa yang patot supaya majlis menjadi sempurna.. Bagi aku biarlah sederhana tetapi meriah.. Tetapi aku juga mengucapkan terima kasih kepada semua family aku.. yang banyak menolong aku, tidak kira la dari segi membuat hantaran (kakcik), sponser aku (kakngah) n terutama mama aku yang banyak ke hulu hilir mencari keperluan yg ada... Tanpa beliau aku tidak akan dapat selesaikan sorang2x sebabnye aku bekerja di PJ..Mana la ade masa nak pergi2x tengok barang kn...
Ermmmm.. Cerita tentang belah lelaki.. macam biasa lah MJ 2.. Dia 100% serah pada pihak family dia.. Yela..ape dia nak kisah kan.. Janji siap.. Faham sangat dah perangai dia 2.. Walau apa pun dia memang orang yang bertanggungjawab... 2 yang aku suka sangat pada dia..
Pasal hantaran,Pihak lelaki memberi 7 dulang dan dibalas pada pihak aku 9 dulang.. Banyak tak?? Bagi aku x lah banyak sangat sebab nye kebanyakan pada segi makanan.. Standard la 2 kan... Aku akan memberi hantaran berupa kek,coklat,sirih junjung, tuala,sejadah, minuman, Jajan, Muffin, & Buah-buahan.. Pihak lelaki aku tak pasti ..hihihi.. Ringkas tapi menawan .. itu yang akan aku tampilkan pada hantaran aku itu nanti.. Tunggu ye hasilnye nanti...
Bab cuti, alhamdulillah pihak syarikat aku telah bersetuju memberi aku cuti selama 2 hari iaitu pd 1 & 2hb November.. Aku gembira sangat sebabnya dlm 2 hari 2 aku dpt la menyiapkan semua yang belum disiapkan.. Yela kan.. Bukan senang.. Aku boleh juga menolong mama aku pergi membeli barang dapur masa itu.. Sebab barang masak adalah barang terakhir kene beli... Uhhhh... Persiapan demi persiapan~~ jadi aku kene tabah menghadapinya.. Belum Majlis perkahwinan lagi kan.. hihihi..
Sambung nanti ye di bab 2 Dalam Majlis Pertunangan ku~~